Home » BERITA SEMASA » BINTANG IRSYAD 2016

BINTANG IRSYAD 2016

 

sk1

11 OKTOBER 2016

Penglibatan Irsyad dalam arena sukan bagi sesi 2016 amatlah membanggakan.Atlet Irsyad berjaya mengharumkan nama Irsyad dalam 3 acara sukan iaitu pingpong,catur dan taekwando.Mereka berjaya mewakili peringkat daerah dan kebangsaan.

Abdullah Azam Mohd Tarmizi, 13 berjaya menduduki tempat ke 3 acara pingpong bawah 13 tahun dalam Kejohanan Terbuka Kuantan dan mewakili daerah Kuantan dalam Kejohanan Pingpong Pahang di Mentakab pada Ogos yang lalu.

Muhammad Alif Nur Amli, 11 pula berjaya mewakili Pahang dalam Kejohanan Catur MSSM di Kota Bahru setelah berjaya menduduki tempat ke 4 dalam peringkat MSSD.Inilah julung kali Irsyad berjaya menghantar atlet ke peringkat MSSM.

Manakala kejayaan terkini 4 atlet Irsyad mewakili Pahang berjaya memenangi pingat dalam Kejohanan Taekwando ITF 1Malaysia di Bachok pada awal Oktober yang lalu.Wan Farzana Hannah Wan Azmi,10 memenangi pingat emas manakala  Mohammad Azri Hariri Mohamed Asri,11 ,Mohamad Yousuf Ameen Muhammad Arif,11 dan Adam Haikal Amir Izzani,8, masing-masing memenangi pingat gangsa.

sk3

Abdullah Azam Mohd Tarmizi

sk2

Mohammad Alif Nur Amli