Home » BERITA SEMASA » IHTIFAL SRAI KE 28: PENDIDIKAN BERMUTU,SAHSIAH JITU

IHTIFAL SRAI KE 28: PENDIDIKAN BERMUTU,SAHSIAH JITU

ih3

28 Dis 2016

Yaumul Ihtifal Sekolah Rendah Islam Al Irsyad kali ke 28 berlangsung dalam suasana penuh gemilang dan ceria.Program tradisi  kali ini bertemakan “Pendidikan Bermutu,Sahsiah Jitu” berlangsung di Dewan Era Gemilang,Pandan,Kuantan.

Yang Berbahagia Yang Hormat Dato’Haji Halidan Md Daud selaku Pemegang Amanah ALP Irsyad menyempurnakan acara perasmian kali ini.

Inilah kali pertama Yaumul Ihtifal SRAI di sambut tanpa kehadiran Al Marhum Ustaz Mohd Shukry Jusoh yang meninggal pada 29 Januari yang lepas.Kali terakhir arwah hadir ketika Ihtifal Nov 2015 di Irsyad.

Turut hadir dalam Yaumul Ihtifal kali ke 28 ini ialah Pengerusi PIBG En Yusof Hashin,Mudirah SRAI Puan Norizan Baba,Pengetua SMAI Puan Aineszun Amzah dan Pengarah Akademik Puan Aishah Mahamad.

ih1

ih2

ih4

ih5