Home » BERITA SEMASA » KARNIVAL SUKAN SRAI 2017 : MERAH JUARA

KARNIVAL SUKAN SRAI 2017 : MERAH JUARA

2 MAC 2017

Kontijen Rumah Merah berjaya menjuarai Karnival Sukan SRAI 2017 dengan mengalahkan 5 kontijen lagi yang terdiri dari Rumah Hijau,Kuning,Biru,Oren dan Coklat.

Karnival yang berlangsung selama 2 minggu itu berakhir dengan acara balapan,olahraga dan sukaneka yang berlangsung di Stadium UIA Indera Mahkota baru-baru ini.

Seramai 1200 pelajar terdiri Tahun Satu hingga Tahun 6 terlibat dengan pelbagai acara sukan tahunan yang berprestij itu.Antara acara yang dipertandingkan ialah bolasepak,badminton,bolajaring,memanah dan pingpong.Manakala acara olahraga 100m,200m,4x100m dan 4x200m.

Pengerusi AJP Ustaz Dr Azhar Jaafar merasmikan acara penutup Karnival Sukan 2017.Turut hadir CEO Irsyad Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya,Pengerusi PIBG ,Mudirah SRAI dan Pengetua SMAI.