Home » BERITA SEMASA » SOLIDARITI UMMAH : IRSYAD JUARAI KALI KE 2

SOLIDARITI UMMAH : IRSYAD JUARAI KALI KE 2

 

17 APRIL 2017

Irsyad berjaya menjuarai Futsal Solidariti Ummah edisi 8 dengan menewaskan SMA Al Ihsan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Planet Stadium baru-baru ini.

Nuaim Zulkarnain menjadi hero dengan menjaringkan gol kemenangan dalam masa berbaki 3 minit untuk menjuarai kali ke 2 kejohanan berprestij itu.

Sebelum itu Irsyad menumbangkan Madrasah Asyraful Madaris 2-0 dalam suku akhir sebelum tewaskan Madrasah Pengkalan Damar juga 2-0 untuk memasuki perlawanan akhir.

Kejohanan yang disertai 20 pasukan  termasuk dari SMA Ihsan,Maahad Tahfiz Pahang,Madrasah Asyraful Madaris,Madarasah Tahfiz Pengkalan Damar,Darul Fikri,Muqarabin Pekan,Ribat Mustafa dan MABIQ Tanjung Lumpur.

KEDUDUKAN KEJOHANAN FUTSAL SOLIDARITI UMMAH EDISI KE 8

1 SMI Irsyad

2. SMA Al Ihsan.

3. Madrasah Tahfiz Asyraful Madaris Batu Hitam.

4. Madrasah Tahfiz Pengkalan Damar.

BERIKUT REKOD KEJUARAAN EDISI LALU

EDISI 1 2010.. Johan  SMA AL IHSAN    N/Johan SMI AL IRSYAD

EDISI 2 2011 .. Johan MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG    N/Johan  DARUL ULOM BESERAH

EDISI 3 2012 ..Johan DARUL ULOM BESERAH   N/Johan  MAAHAD TAHFIZ PAHANG

EDISI 4 2013 .. Johan SMI IRSYAD   N/Johan ..MAAHAD TAHFIZ PAHANG

EDISI 5 2014 .. Johan MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG  N/Johan SMI IRSYAD

EDISI 2015 .. Johan SMI AL AMIN KEMAMAN   N/Johan SMA IHSAN

EDISI 2016 .. Johan SMA IHSAN  N/Johan SMI IRSYAD

EDISI 2017.. Johan SMI IRSYAD  N/Johan SMA IHSAN

DCIM100GOPROGOPR2088.JPG

DCIM100GOPROGOPR2004.JPG