Home » BERITA SEMASA » YAUMUL IHTIFAL SMAI KE 21

YAUMUL IHTIFAL SMAI KE 21

20 April 2017

Yaumul Ihtifal Sekolah Menengah Islam Al Irsyad kali ke 21 berlangsung dalam suasana penuh gemilang dan ceria.Program tradisi  kali ini bertemakan “Sahsiah Mulia Asas Kecemerlangan Pendidikan Alaf 21” berlangsung di Surau Al Irsyad

Yang Berbahagia Tuan Haji Zaki Mohd Zin selaku Kadhi Kuantan menyempurnakan acara perasmian kali ini.

Upacara perasmian dimulakan dengan pemeriksaan pembarisan hormat Kadet Remaja MUSLEH oleh Tuan Haji Zaki dan persembahan memanah oleh Kelab Memanah Tradisional Irsyad.

Anugerah Guru Cemerlang dianugerahkan kepada Mualimah Asilah Abdul Khar manakala Anugerah Hasan al Banna disandang Hazmi Irsyad Nor Azman dan Anugerah Zainab al Ghazali dianugerahkan kepada Syafiyah Ariqah Muhammad Nubli.

Turut hadir dalam Yaumul Ihtifal kali ke 21 ini ialah Pengerusi AJP Dr Azhar Jaafar,Pengetua SMAI,Mudirah SRAI Puan Norizan Babab dan Pengurus Kualiti Puan Aisyah Mahamad.