Home » BERITA SEMASA » MEMANAH MSSD 2017 : EMAS & PERAK MILIK IRSYAD

MEMANAH MSSD 2017 : EMAS & PERAK MILIK IRSYAD

7 MEI 2017

Adam Harris Irwan berjaya mencipta kejutan apabila mengalahkan beberapa pemanah pilihan dengan memenangi emas dalam acara memanah MSSD bawah 12 tahun lelaki .Manakala rakannya Muhammad Darwish Mohd Jelani memenangi pingat perak.

Satu pencapaian terbaik dan membanggakan Irsyad sepanjang menyertai MSSD sejak 2015 apabila team Irsyad Tanjung Lumpur memenangi emas dan perak dalam acara memanah MSSD bawah 12 tahun yang berlangsung di SK Sungai Talam baru-baru ini.

Sebelum itu,Muhammad Aliff Nor Amli memenangi emas dalam acara catur lelaki MSSD bawah 12 tahun.

Keputusan Memanah Bawah 12 tahun MSSD Kuantan

Team Memanah SRAIT yg mewakili Irsyad Bt3 berjaya membawa pulang 7 pingat..

3 emas – Adam Harris Irwan @ Kahar – (Juara Pusingan 1,2 & keseluruhan)
3 perak – Muhammad Darwish Bin Mohd Jelani- (Naib Juara Pusingan 1,2 & keseluruhan)
Tempat ke-4: Nur Syakirah Qistina

Mohon doakan kejayaan anak-anak  soleh & solehah di peringkat seterusnya.