Home » BERITA SEMASA » GLIDER IRSYAD GEGARKAN BUMI UMP…PANAHAN IRSYAD TAKLUK SEMUNJI

GLIDER IRSYAD GEGARKAN BUMI UMP…PANAHAN IRSYAD TAKLUK SEMUNJI

10 MEI 2017

Dalam sehari Irsyad memenangi 2 gelaran johan di lokasi yang berlainan.Nabilah Roslan 17, berjaya menjadi juara memanah tradisional kategori remaja Terbuka Pahang yang berlangsung di Semunji Resort pada 6hb Mei yang lalu.

Pelajar Tingkatan 5S itu berjaya mengalahkan 130 peserta dalam kejohanan yang turut diadakan untuk promosi Tahun Melawat Pahang.

Manakala di Universiti Malaysia Pahang kampus induk Pekan pula,team Irsyad berjaya memenangi kategori Glider Best Design. Team Irsyad dianggotai Nur Alyaa Syahira Mohd Saifuddin,Nik Aina Nik Mahmud dan Tengku Amirah Hanis Tengku Roslizam. Sebanyak 5 buah sekolah sertai pertandingan ini.