Home » BERITA SEMASA » KESUNAS 2017 : 3 EMAS 3 PERAK 1 GANGSA

KESUNAS 2017 : 3 EMAS 3 PERAK 1 GANGSA

9hb Julai 2017

ROAD TO TANJONG 2017

Irsyad berjaya menggondol 3 pingat emas 3 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan Sukan Nasional KESUNAS peringkat Sekolah Menengah yang berlangsung pada 7-9hb yang lalu di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.
Emas dimenangi dalam acara bolatampar lelaki,catur perempuan dan lompat jauh lelaki. Manakala 3 pingat perak dalam acara catur lelaki,100 meter lelaki dan 3x100m lelaki. Acara memanah tradisional perempuan pula mendapat pingat gangsa.

Lebih merujakan acara final bolatampar antara TeBOH dengan SMI Hira diadakan sebagai kemuncak acara sebelum majlis penutup.Team Impian  Irsyad yang lebih dikenali dengan gelaran TeBOH berjaya mengalahkan SMI Hira dengan kiraan 21-16 dan 21-12 untuk memenangi pingat emas yang terakhir dipertandingkan dalam KESUNAS yang ke 7 ini.

Sebanyak 23 acara dipertandingkan dengan penyertaan 18 buah sekolah dan 889 atlit srluruh negara.Irsyad menghantar 63 atlit dan 12 guru.Puan Pengetua Mualimah Aineszun Amzah turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada kontijen Irsyad.