Home » BERITA SEMASA » SPM 2017 : 54 CALON UNTUK KALI KE 17

SPM 2017 : 54 CALON UNTUK KALI KE 17

6 NOV 2017

Seramai 54 calon Irsyad menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Malaysia (SPM) bagi sesi 2017.Daripada jumlah itu seramai 39 calon dari Aliran Pengajian Islam dan Ikhtisas manakala bakinya aliran Pengajian Islam dan Sains Tulen.

Untuk rekod,inilah kali ke 17 Irsyad menjadi pusat peperiksaan SPM sejak ditubuhkan Sekolah Menengah pada tahun 1996.

Sementara itu  kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini,seramai 443,883 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan menduduki peperiksaan itu mulai 6 November ini hingga 4 Disember depan. Sebanyak 3,363 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus membabitkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (8,461 calon); sekolah menengah agama negeri (8,346 calon); sekolah menengah agama rakyat (1,976 calon); sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (14,883 calon) dan persendirian (23,886 calon)