Home » BERITA SEMASA » IRSYAD – CHONG HWA : BUDAYA SILANG SEJAK 2016

IRSYAD – CHONG HWA : BUDAYA SILANG SEJAK 2016

24 FEB 2018

Sejak program Silang Budaya antara Irsyad dengan SM Chong Hwa berlangsung pada 2016,pelbagai program dijalankan antara kedua institusi ini. Antaranya lawatan kedua pihak,majlis berbuka puasa,sambutan Tahun Baru Cina dan acara sukan persahabatan pingpong dan bolatampar.

Terbaru kunjungan kebudayaan SM Chong Hwa ke Irsyad.Seramai 40 pelajar dan 7 guru SM Chong Hwa terlibat.Mereka mengadakan pertunjukan kebudayaan seperti tarian singa danpancaragam orkestra.Manakala Irsyad pula mengadakan pertunjukkan yoyo Cina.Menariknya yoyo itu adalah hadiah dari SM Chong Hwa semasa kunjungan Irsyad ke sana.