Home » Artikel & Tazkirah » SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

Image may contain: 1 person, beard

HARI GURU IRSYAD 2018
MENGENANG KEMBALI UCAPAN SANG MURABBI
https://www.youtube.com/watch?v=GCEp0euiljc

KITA menyambut Hari Guru setiap tahun bagi meraikan jasa mereka mendidik masyarakat dengan ilmu. Guru adalah cahaya yang menerangi lorong kegelapan. Rasulullah S.A.W contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam.

Kita menekankan pendidikan holistik yang merangkumi kecemerlangan duniawi dan ukhrawi, akademik dan akhlak. Sejarah tamadun Islam dibina di bumi kering kontang, namun akhirnya menjadi tamadun yang berpengaruh kerana modal insan generasi awal dibentuk di atas asas keimanan yang kukuh.

Akhir sekali, kita mengambil kesempatan pada hari ini, 16 Mei 2018 untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik. Semoga terus komited dalam membangunkan agenda pendidikan kepada rakyat.

Selamat Hari Guru!

“Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”