Home » BERITA SMAI (page 3)

BERITA SMAI

JAMBORI KRS NASIONAL 2016: SELAMAT BERJUANG PUTRA PUTRI IRSYAD

11 DISEMBER 2016 Irsyad menghantar 2 kontijen ke Perhimpunan Jambori Nasional Kadet Remaja MUSLEH (PERNAS)yang bermula hari ini hingga 15 Disember ini.Kontijen SRAI seramai 35 anggota TKRS dengan 3 guru pengiring manakala  kontijen SMAI seramai 23 anggota KRSM dengan 3 guru pengiring. Jambori yang diadakan setiap tahun itu berlangsung di Kem PLKN Pelangi Resort Hulu Selangor.Di jangkakan program tahunan terbesar ... Read More »

TEMUDUGA SMAI SESI 2017

4 DIS 2016 Seramai 85 calon temuduga kemasukan Tingkatan 1 dan aliran Tahfiz menghadiri sesi temuduga hari ini.Sesi taklimat tentang sejarah dan  pembelajaran Al Irsyad kepada ibubapa disampaikan oleh GPK HEM Mualim Mohd Dasuki Mohd Lebar. Sesi temuduga Ting 2,3,4 dan 5 pula diadakan pada 5hb Disember.Keputusan temuduga akan dikeluarkan pada 15 Disember ini.InsyaAllah. Read More »

KEMASUKAN PELAJAR TING 1,2,3,4 & 5DAN TAHFIZ IRSYAD sesi 2017

SILA DAPATKAN BORANG DI PEJABAT SEKOLAH ATAU ISI BORANG MELALUI ONLINE.www.irsyadkuantan.com.my HANTAR BORANG SEBELUM 30 NOV 2016. TEMUDUGA TING 1 DAN TAHFIZ PADA 4 DISEMBER 2016 AHAD jam 9 pagi. TEMUDUGA TING 2 3 4 dan 5 PAD 5 DISEMBER 2016 ISNIN jam 10pagi PELAJAR SRAI DIKECUALIKAN TEMUDUGA tetapi MESTI MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN sebelum 30 Nov 2016. Read More »

SPPIM 2016 :PELAJAR CEMERLANG…PENDAKWAH GEMILANG

21 NOV 2016 Seramai 59 calon SMAI menduduki Peperiksaan Sijil Pentaksiran Pelajar IKRAM-MUSLEH(SPPIM) yang bermula hari ini hingga Khamis. Peperiksaan SPPIM adalah di bawah kelolaan MUSLEH dengan mengandungi subjek Aqidah,Sirah,Feqah,Hadis,Al Quran,Tafsir dan Kadet Remaja MUSLEH(KRSM). Peperiksaan ini diwajibkan ke atas kesemua pelajar Tingkatan 4 yang menuntut di sekolah rangkaian MUSLEH. Read More »

SPM 2016: Cemerlang Dunia Akhirat

7hb November 2016 Seramai 45 calon Irsyad menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bermula hari ini. Ini adalah tahun ke 16 calon Irsyad mendudukinya sejak SMAI dibuka pada tahun 1996. Seramai 33 calon mengambil subjek elektif Perdagangan,Ekonomi Asas,Bahasa Arab,Pengajian Quran dan Sunnah dan Pengajian Syariah Islamiah.Manakala seramai 15 calon mengambil subjek elektif Fizik,Biologi,Kimia,Bahasa Arab,PQS dan PSI. Seramai 434,535 calon menduduki ... Read More »

MUSIM PEPERIKSAAN BERMULA

16 OKTOBER 2016 Musim peperiksaan akhir tahun telah bermula di Irsyad.Bermula dengan SMAI yang memulakan dengan Tingkatan 4 pada 14 hb yang lalu manakala SRAI pula peperiksaan serentak Tahun 1 hingga Tahun 5 pada hari ini hingga 26hb ini. Bagi SMAI pula,peperiksaan Sijil Khas Diniyyah bagi Ting 3 bermula pada 25hb ini.Manakala Ting 1 dan 2 bermula pada 1 November ... Read More »

BINTANG IRSYAD 2016

  11 OKTOBER 2016 Penglibatan Irsyad dalam arena sukan bagi sesi 2016 amatlah membanggakan.Atlet Irsyad berjaya mengharumkan nama Irsyad dalam 3 acara sukan iaitu pingpong,catur dan taekwando.Mereka berjaya mewakili peringkat daerah dan kebangsaan. Abdullah Azam Mohd Tarmizi, 13 berjaya menduduki tempat ke 3 acara pingpong bawah 13 tahun dalam Kejohanan Terbuka Kuantan dan mewakili daerah Kuantan dalam Kejohanan Pingpong Pahang ... Read More »

PT 3 – MISI CEMERLANG DUNIA AKHIRAT

10 OKT 2016 Seramai 65 calon Irsyad bersama 432,514 calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2016 di seluruh negara menduduki peperiksaan itu bermula hari ini hingga Khamis ini. Mereka dijadualkan menduduki dua mata pelajaran hari ini, iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Esok, calon akan menduduki kertas Bahasa Inggeris dan Sains, disusuli Kemahiran Hidup Bersepadu serta Pendidikan Islam pada hari ketiga. Kertas ... Read More »

IRSYAD-MASYARAKAT… BERPISAH TIADA

25 Sept 2016 Seramai 212 pelajar SMAI terdiri dari Tingkatan 1,2,4 dan Maahad Tahfiz Irsyad terlibat dalam program memasyarakatkan Irsyad di pantai Kempadang baru-baru ini. Bertemakan “Cintailah Pantai Kita”,operasi membersihkan pantai Kempadang berjaya dijayakan oleh pelajar Irsyad dengan jayanya.Turut hadir CEO Irsyad,Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya dan Pengetua SMAI Puan Aineszun Amzah. Read More »