Home » Falsafah & Objektif

Falsafah & Objektif

Falsafah Pendidikan Pusat Pendidikan Al-Irsyad

Pendidikan di Al-Irsyad adalah suatu proses berteraskan tauhid yang bermatlamatkan untuk membina, membentuk dan melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

“KE ARAH PEMBENTUKAN GENERASI MUTTAQIN”

Objektif

Sekolah Islam Al-Irsyad ditubuhkan bagi mencapai objektif pendidikan berikut :-

♦ Mengenali potensi murid-murid dari segi intelektual, rohani dan jasmani sesuai dengan perkembangan murid yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.

♦ Melahirkan murid yang menghayati nilai Islam ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang berdaya maju, harmonis, inovatif dan progresif.

♦ Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran bagi membina dan menambahkan semangat cintakan ilmu.

♦ Membentuk dan melahirkan murid yang berilmu, beriman dan menghayati akhlak Islam.

♦ Mengasuh kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

♦ Mengajar, mengamalkan dan memahami tujuan dan peranan puasa, solat, zikir dan amalan-amalan ibadah harian yang lain, sesuai dengan peringkat umur murid-murid.

♦ Mengajar mengenali manusia dan ciptaan Allah S.W.T yang lain, peranan dan hubungan diantara keduanya, sesuai dengan tahap umur murid.

♦ Menerapkan asas Ad-Diin yang kukuh.

♦ Menyediakan kemahiran membaca, menghafal dan memahami Al-Quran.

♦ Menyuburkan bakat dan potensi semulajadi ke arah kesempurnaan.