Home » Latar belakang SPPM

Latar belakang SPPM

Ia bertujuan melahirkan insan musleh, yang memiliki akhlak yang terpuji dan bermanfaat kepada orang lain. Mereka menjadi contoh, ikutan dan pembimbing kepada orang lain.

Insan musleh ini boleh dilihat melalui beberapa dimensi kemanusiaan atau konstruk yang hendak dibina dalam diri insan.

Dalam pendidikan peringkat sekolah, pentaksiran yang begini boleh mempertingkatkan sifat musleh dalam kalangan pelajar.

Berdasarkan kepada konsep pentaksiran yang bersepadu, Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) telah membangunkan satu sistem pentaksiran yang dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).

SPPM menggabungkan proses penilaian formatif dan sumatif merangkumi kognitif dan bukan kognitif.

SPPM adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.

Langkah penggubalan instrumen pentaksiran bermula dengan mengenalpasti kategori atau ciri insan yang penting dalam diri insan yang musleh yang selari dalam setiap kategori.

SPPM terdiri daripada lima(5) bidang iaitu :-
1. Bidang Ilmu
2. Bidang Kemampuan
3. Bidang Ibadah Khusus.
4. Bidang Iman.
5. Bidang Akhlak

Perhubungan penting antara falsafah, pendidikan, kurikulum dan SPPM

aliran