Home » Pengenalan

Pengenalan

Perkembangan bidang pendidikan merupakan satu fenomena yang begitu ketara sekali pada era 90-an.

Dalam perkembangan ini kualiti yang diterima oleh anak-anak merupakan satu persoalan asas yang perlu diberi perhatian utama. Ia seharusnya menjadi perspektif penting bagi keluarga muslim. Pendidikan yang tidak seimbang sudah tentunya akan melahirkan generasi yang pincang.

oleh itu, pembentukan peribadi yang berilmu, berketrampilan dan berdaya saing serta mampu menyahut cabaran masa depan hendaklah diberi penekanan yang sewajarnya.

Atas kesedaran inilah, Sekolah Al-Irsyad berusaha menyediakan satu sistem pendidikan yang bersepadu dan seimbang bukan hanya untuk mencapai kecemerlangan akademik tetapi juga kecemerlangan dalam pembentukan diri insan sejajar dengan fitrah ciptaanNya.