Home » BERITA SEMASA » SMAI SAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA KE 61

SMAI SAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA KE 61

6 SEPT 2018

Sambutan menyambut kemerdekaan negara ke 61 peringkat SMAI telah diadakan di Dataran Taqwa Al Irsyad baru-baru ini.

Sambutan kali ini dihadiri En Amli Mohd Nor selaku wakil Ahli Jemaah Pengurus Al Irsyad.Turut sama hadir ialah Pengetua SMAI Puan Aineszun,barisan GPK dan guru-guru SMAI. Upacara sambutan dimulai dengan menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Negaraku.

Perbarisan masuk lintas hormat dimulai oleh kontijen kelas-kelas diikuti Pengawas sekolah,pengawas perpustakaan,pengawas SPBT dan pegawai berpangkat KRS.

Seterusnya perbarisan masuk basikal dan motosikal berhias patriotik.Acara membentuk formasi MERDEKA dan angka 61 oleh 61 warga ASPURA menarik perhatian hadirin. Acara kemuncak adalah nyanyian lagu patriotik Ummah Sejahtera oleh Muhaimin Supian Tg 5 Ibnu Taimiyah.