Home » BERITA SEMASA » PT3 : Bermula hari ini

PT3 : Bermula hari ini

1 Okt 2018

Seramai 70 calon Al Irsyad mengambil peperiksaan Penilaian Tingkatan 3(PT3) yang bermula hari ini hingga Khamis.

Seperti biasa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan,doa dan amanat terakhir disampaikan oleh CEO Irsyad Mualim Mohd Tarmizi Yahaya.

Turut hadir Pengerusi AJP Irsyad Dr Azhar Kamarudin,Pengetua Puan Aineszun Amzah,guru-guru dan para ibubapa pelajar.

PT3 kali ini adalah tahun ke 3 sejak penukaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT 3 pada tahun 2016.

Sebanyak 7 subjek yang diadakan ujian secara bertulis iaitu Matematik,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab,Kemahiran Hidup,Pendidikan Islam dan Sains. Manakala penilaian subjek Sejarah dan Geografi dijalankan secara folio.

Keputusan PT3 dijangka diketahui pada akhir Disember ini.