Home » BERITA SEMASA » SPPIM 2018 : 56 calon Irsyad terlibat

SPPIM 2018 : 56 calon Irsyad terlibat

8 Okt 2018

Seramai 56 calon Irsyad dari Tingkatan 4 menduduki Peperiksaan Sijil Pentaksiran Pelajar Musleh(SPPIM) yang bermula hari ini hingga Khamis.

Turut mengambil peperiksaan SPPIM dari rangkaian sekolah Musleh ialah SMI Hidayah Johor Baharu,SMI Al Islah Sungai Petani dan SMI Al Amin Bangi.

SPPIM adalah peperiksaan subjek agama bg rangkaian Sekolah MUSLEH (terpilih)seluruh negara.
Subjeknya ialah Aqidah,Sirah,Tajwid,Hafazan,Tafsir,Hadis dan KRSM.
Ianya juga merangkumi tugasan kerja(folio) secara amali dan praktikal iaitu pelajar diwajibkan turun ke lapangan masyarakat untuk menyiapkan tugasan ini.

Walaupun SPPIM tidak diiktiraf oleh KPM secara rasmi ianya satu kelebihan bagi prlajar dari segi pengalaman dan penambahan ilmu agama.