Home » BERITA SEMASA » OPKIM 2K18 : SEIKHLAS KUDRAT SEINDAH BUDI

OPKIM 2K18 : SEIKHLAS KUDRAT SEINDAH BUDI

13 OKTOBER 2018

Irsyad menyatuni pantai Kempadang.Program Operasi Khidmat Masyrakat (OPKIM)2018 kali ini berlangsung di Pantai Kempadang,Kuantan 21km dari Irsyad.

Seramai kira-kira 321 pelajar bersama 23 guru terlibat dengan program tahunan ini.Program kali ini digabungkan dengan Hari Sukan Negara yang disambut pada tarikh 13 Oktober sama dengan OPKIM kali ini.

OPKIM dimulakan dengan solat Dhuha yang diimamkan Mualim Barizal Muda selaku GPK Tahfiz. Seterusnya diadakan senamrobik sebagai sambutan Hari Sukan Negara.

Acara gotongroyong selama sejam diadakan di kawasan pantai dan tempat perkelahan awam.

Turu hadir Pengetua Puan Aineszun Amzah,Pengarah OPLIK Mualim Zari Mustafa dan guru-guru SMAI.