Home » BERITA SEMASA » SPM 2018 : 56 calon untuk kali ke 18

SPM 2018 : 56 calon untuk kali ke 18

13 NOV 2018

Seramai 56 calon Irsyad menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Malaysia (SPM) bagi sesi 2018.Daripada jumlah itu seramai 41 calon dari Aliran Pengajian Islam dan Ikhtisas manakala 15 calon aliran Pengajian Islam dan Sains Tulen.

Untuk rekod,inilah kali ke 18 Irsyad menjadi pusat peperiksaan SPM sejak ditubuhkan Sekolah Menengah pada tahun 1996.

Sementara itu menurut kenyataan KPM seramai 421, 706 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bermula hari ini sehingga 13 Disember depan.

 Daripada jumlah itu sebanyak 3,308 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara membabitkan 33, 631 petugas peperiksaan.