Home » BERITA SEMASA » MISI KEMANUSIAAN LOMBOK

MISI KEMANUSIAAN LOMBOK

24 Disember 2018

Pihak Irsyad menghantar 2 guru dan seorang wakil pelajar ke Lombok pada 17-19 Disember dalam Misi Kemanusiaan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia cawangan Pahang. Guru yang terlibat adalah Mualim Mohd Dasuki Mohd Lebar,Mualim Helmi Amri Salehudin dan Pegawai Waran Kadet Remaja KRS Ahmad Umar Usamah.

Misi ini diketuai oleh Ketua Yayasan Amal Kuantan Ustaz Zainal Abidin Mohamad bertolak dari Lapangan Terbang KLIA 2 menuju Lombok jam 5 petang dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok tepat jam 8.30 malam.

tAntara lokasi misi adalah Lombok Utara yang mengalami kerosakan teruk akibat gemba bumi berskala 7.4 richer dan mengalami kehilangan jiwa seramai 483 orang.Bantuan yang dihulurkan adalah kewangan untuk membina 2 buah masjid yang rosak teruk akibat gempabumi dan juga barangan makanan untuk mangsa-mangsa terbabit.