Home » BERITA SEMASA » TAUTAN UKHUWAH

TAUTAN UKHUWAH

6 Mac 2019

Al Irsyad menerima kunjungan muhibbah dari Sekolah Al Hijrah,Padang,Sumatera Barat baru-baru ini.Seramai 35 pelajar lelaki dan 3 guru pengiring yang terlibat dalam kunjungan tersebut.

CEO Al Irsyad Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya bersama pentadbiran menyambut ketibaan rombongan tersebut dan taklimat ringkas tentang Al Irsyad diberikan untuk info tetamu istimewa itu.


Antara menariknya kunjungan tersebut pelajar Al Hijrah memasuki setiap kelas untuk bersama-sama mengikuti sesi pembelajaran bersama pelajar SMAI.

Persembahan persilatan tradisional Minang oleh pelajar IT Al Hijrah mengakhiri sesi lawatan tersebut sebelum mereka meneruskan kunjungan ke SMI Al Hidayah Johor.