Home » BERITA SEMASA » FUTSAL SOLIDARITI UMMAH edisi ke 10

FUTSAL SOLIDARITI UMMAH edisi ke 10

6 April 2019

Penyertaan sulung kali ini membuahkan hasil kepada team futsal Kuliah Abu Bakar Pekan apabila menjuarai Kejohanan Futsal Solidariti Ummah edisi ke 10.

Dalam perlawanan akhir Kuliah berjaya menewaskan Sekolah Menengah Agama Ihsan 2-0.Manakala Maahad Bahasa Arab dan Al Quran (MABIQ) berjaya menduduki tempat ke 3 dengan menewaskan SMI Al Irsyad 2-0.

Kejohanan berprestij kali ini yang masuk tahun ke 10 penganjurannya turut disertai oleh SMI Al Irsyad selaku penganjur,SMA IHsan,Kuliah Abu Bakar,Sekolah AntaraBangsa UIA,Darul Fikri,Madrasah Tahfiz Asyraful Madaris,Madrasah Quran Pengkalan Damar,SMI Irsyad Balok,SMI Al Amin Kemaman,Maahad Tahfiz Negeri Pahang(MTNP) dan Akademi Al Quran Indera Mahkota(ATIM).


 

 

 

 

Berikut senarai johan sejak kejohanan ini diadakan pada tahun 2010

2010 SMA IHSAN

2011 MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

2012 DARUL ULOM BASRIYAH

2013 SMI AL IRSYAD

2014 MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

2015 SMI AL AMIN KEMAMAN

2016 SMA IHSAN

2017 SMI AL IRSYAD

2018 SMA IHSAN

2019 KULIAH ABU BAKAR