Home » BERITA SEMASA » RAMADHAN TIBA LAGI…..

RAMADHAN TIBA LAGI…..


3 Mei 2019

Pelancaran Sambutan Ihya Ramadhan peringkat Irsyad telah diadakan baru-baru ini di Dataran Irsyad.

CEO Irsyad YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri semua guru dan hampir 1000 pelajar Tahfiz,SMAI dan SRAI.

Antara objektif pelancaran itu adalah untuk mewar-warkan kedatangan Ramadhan dan juga program yang bakal di buat oleh pihak Irsyad sepanjang Ramadhan.

Antara programnya seperti agihan kurma kepada penduduk setempat,tazkirah Zohor,Iftar Perdana dan juga Majlis raikan anak yatim.