Home » BERITA SRAI

BERITA SRAI

MUSIM PEPERIKSAAN AL IRSYAD 2018

Musim peperiksaan bermula di Irsyad. Bermula SPPIM SRI pada 16 Julai ,UPSR pada 24 Sept diikuti UPKK dan PT3 serentak 3 Oktober seterusnya SPPIM SMI pada 8 Oktober. Peperiksaan Akhir Tahun SRAI bermula 12 Oktober hingga 22 Oktober. Peperiksaan Agama Khas bagi Tingkatan 3 bermula hari ini 22 Oktober.Manakala Peperiksaan akhir tahun SMAI bermula 23 Oktober hingga 2 November ini. ... Read More »

KEMASUKAN SEK MEN AL IRSYAD SESI 2019

Info Kemasukan Ke SMAI sesi 2019 TARIKH TEMUDUGA 1) Tingkatan 1  … 9 Dec 2018 AHAD jam 9pg (Pelajar Sek Rendah Al Irsyad DIKECUALIKAN dari temuduga tetapi mestilah mengisi borang online sebelum 29 Nov 2018) 2)  Tingkatan 1 Tahfiz (lelaki shj) … 9 Dec 2018 AHAD jam 9 pagi 2) Tingkatan 2 dan 3 ….. 11 Dec 2018 SELASA jam ... Read More »

UPKK 2018: Kecemerlangan anda kebanggaan guru dan ibubapa

  1 Okt 2018 Seramai 143 calon tahun 5 SRAI menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA(UPKK) yang bermula hari ini hingga Khamis. Antara subjek UPKK ialah Tadarus Quran,Tilawah,Hafazan,Tafsir,Adab Ulum Syariah,Sirah,Tulisan Jawi dan Bahasa Arab. Untuk rekod,Irsyad mendapat tempat ke 3 antara terbaik UPKK Daerah Kuantan sesi 2017.Ujian penilaian ini mula diambil oleh Irsyad sebagai pusat peperiksaan bermula tahun lepas. rlangan Read More »

UPSR 2018: Pakat doa belaka warga Irsyad

  24hb September 2017 Seramai 146 calon Irsyad akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) 2018 bermula hari ini hingga 27 September . Mengikut kenyataan Kementerian Pendidikan,calon UPSR tahun ini berjumlah 440,743 calon dan daripada jumlah itu seramai 10,712 adalah calon sekolah swasta termasuk Irsyad. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, seramai 430,031 adalah calon sekolah kerajaan ... Read More »

SRAI SAMBUT KEMERDEKAAN ke 61

30 OGOS 2018 SRAI mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah awal sehari daripada Peringkat Nasional. Sambutan dimulai dengan pembarisan kelas-kelas menuju Dataran Irsyad.Seterusnya bacaan doa seterusnya penyerahan Jalur Gemilang oleh Pegawai Sarjan Kadet TKRS kepada CEO Al Irsyad Mualim Mohd Tarmizi Yahaya. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh CEO. Majlis turutt diserikan dengan persembahannyanyian patriotik dan deklamasi sajak patriotik oleh ... Read More »

SPPIM 2018 : 144 calon SRAI terlibat

2 JULAI 2018 Seramai 144 calon SRAI menduduki Peperiksaan Sijil Pentaksiran Pelajar MUSLEH IKRAM(SPPIM) bermula hari ini hingga Khamis. Peperiksaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh MUSLEH juga diadakan serentak di 27 rangkaian SRI dibawah  naungan MUSLEH seluruh negara. Subjek SPPIM termasuk Bahasa Arab,Sirah,Fekah,Akhlak,Aqidah,Hafazan Quran dan TKRSM teori dan amali.Keputusannya bakal dikeluarkan serentak dengan UPSR November ini.   Read More »

UPKK : 142 calon sulung Irsyad

2hb Oktober 2017 Seramai 142 calon Irsyad menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA(UPKK) yang julung kali diadakan di Irsyad sejak Irsyad berberoperasi 1989. Ujian UPKK adalah peperiksaan peringkat nasional untuk semua kelas KAFA seluruh negara bagi murid Tahun 5. Subjeknya merangkumi  Sirah,Adab,Ulum Syariah dan Lughah Al Quran. Read More »

UPSR 2017 : Usaha – Doa – Restu – Tawakkal

11hb September 2017 Seramai 112 calon Irsyad akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) 2017 bermula hari ini hingga 14 September ini. Mengikut kenyataan Kementerian Pendidikan,calon UPSR tahun ini berjumlah 443,794 calon dan daripada jumlah itu seramai 10,258 adalah calon sekolah swasta termasuk Irsyad. Seperti tahun sebelumnya keputusan UPSR  dikeluarkan pada akhir November serentak keputusan SPPIM. Read More »

PEPERIKSAAN SPPIM SRI 2017: SEMOGA BERJAYA DAN CEMERLANG

10 JULAI 2017 Seramai 112 calon SRAI menduduki Peperiksaan Sijil Pentaksiran Pelajar MUSLEH IKRAM(SPPIM) bermula hari ini hingga Khamis. Peperiksaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh MUSLEH juga diadakan serentak di 27 rangkaian SRI dibawah  naungan MUSLEH seluruh negara. Subjek SPPIM termasuk Bahasa Arab,Sirah,Fekah,Akhlak,Aqidah,Hafazan Quran dan TKRSM teori dan amali.Keputusannya bakal dikeluarkan serentak dengan UPSR November ini.   Read More »

MEMANAH MSSD 2017 : EMAS & PERAK MILIK IRSYAD

7 MEI 2017 Adam Harris Irwan berjaya mencipta kejutan apabila mengalahkan beberapa pemanah pilihan dengan memenangi emas dalam acara memanah MSSD bawah 12 tahun lelaki .Manakala rakannya Muhammad Darwish Mohd Jelani memenangi pingat perak. Satu pencapaian terbaik dan membanggakan Irsyad sepanjang menyertai MSSD sejak 2015 apabila team Irsyad Tanjung Lumpur memenangi emas dan perak dalam acara memanah MSSD bawah 12 ... Read More »