https://my21.awfatech.com/irsyadkuantan/content/news/newsf1_G0013_1639026416.jpg

PERMOHONAN MASUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAN ALIRAN TAHFIZ AL IRSYAD SESI 2022

KEMASUKAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AL IRSYAD DAN ALIRAN TAHFIZ SESI 2022

TINGKATAN 1,2,3,4 DAN TAHFIZ

TAHFIZ (MESTILAH BERUMUR 13 TAHUN PADA 2022) 

 

PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG

TARIKH TUTUP PERMOHONAN  29 DISEMBER 2021

TARIKH TEMUDUGA AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN

ISI BORANG PERMOHONAN SECARA ONLINE

MORE
https://my21.awfatech.com/irsyadkuantan/content/news/newsf1_G0013_1589426119.JPG

TANDA LAILATUL QADR

5 TANDA-TANDA DAN ‘KEHEBATAN’ MALAM LAILATULQADAR YANG PERLU ANDA TAHU

HARI INI GENAP 15 HARI UMAT ISLAM DI MALAYSIA MENJALANI IBADAH BERPUASA. LAGU RAYA PUN SUDAH MULA KEDENGARAN BERKUMANDANG DI CORONG RADIO. SEDAR TAK SEDAR, BULAN PENUH KEBERKATAN INI BAKAL PERGI MENINGGALKAN KITA TIDAK LAMA LAGI. RAMADHAN, BULAN YANG PENUH KEMULIAN, DI DALAMNYA ADA BANYAK KEBAIKAN DAN ‘CAHAYA’ YANG DILIMPAHKAN DARI ALLAH KEPADA HAMBA-NYA.

DAN SELALUNYA WAKTU INILAH RAMAI DI KALANGAN KITA YANG AKAN MENCARI-CARI HARI SATU MALAM, MALAM YANG PENUH DENGAN KEAJAIBAN, KESYUKURAN, KEBAJIKAN SERTA KENIKMATAN. ALANGKAH HEBAT DAN BERUNTUNGNYA MEREKA YANG DAPAT BERTEMU DENGAN MALAM TERSEBUT, MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.

    “PADA MALAM ITU TURUN MALAIKAT-MALAIKAT DAN MALAIKAT JIBRIL DENGAN IZIN  TUHANNYA UNTUK MENGATUR SEGALA URUSAN. MALAM ITU (PENUH) KESEJAHTERAAN SEHINGGA TERBIT FAJAR.”

(SURAH AL-QADR: 4-5)


KELEBIHAN MALAM QADAR

PARA ULAMA BERPENDAPAT, SEBAIK-BAIK AMALAN SOLEH ADALAH PADA MALAM QADAR YANG MANA IANYA LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN. HAL INI, BERDASARKAN NAS YANG TERDAHULU. ANTARA KELEBIHAN MALAM INI IALAH:

    DIKATAKAN LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN. IMAM AL-QURTUBI BERKATA: “MALAM QADAR MEMPUNYAI KELEBIHAN KERANA BANYAKNYA KEISTIMEWAAN DAN MALAM TERSEBUT DIBAHAGIKAN KEBAIKAN YANG BANYAK YANG TIDAK TERDAPAT SEUMPAMANYA PADA SERIBU BULAN. RAMAI ULAMA DAN AHLI TAFSIR BERPENDAPAT AMALAN DILAKUKAN PADA MALAM QADAR LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN YANG TIADA PADANYA MALAM QADAR. HAL INI, DISOKONG OLEH ABU AL-‘ALIYAH.

    MALAIKAT DAN JIBRIL TURUN PADA MALAM TERSEBUT. IMAM QURTUBI BERKATA: “MEREKA TURUN DARIPADA SETIAP LANGIT DAN JUGA SIDRATUL MUNTAHA KE LANGIT DUNIA UNTUK MENGAMINKAN DOA ORANG YANG MEMOHON PADA MALAM TERSEBUT HINGGA WAKTU FAJAR.

    TURUNNYA MALAIKAT DAN JIBRIL MEMBAWA RAHMAT DENGAN PERINTAH TUHAN.

    MENDAPAT KESELAMATAN DAN KEBAIKAN SEMUANYA TANPA SEBARANG KEJAHATAN HINGGA KELUARNYA FAJAR. AL-DAHHAQ BERKATA: “ALLAH TIDAK TAKDIRKAN PADA MALAM TERSEBUT KECUALI KESELAMATAN. SEDANGKAN MUJAHID BERPENDAPAT: “IA MERUPAKAN MALAM SELAMAT DI MANA SYAITAN TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN SEBARANG KEJAHATAN PADA MALAM TERSEBUT.” LIHAT TAFSIR AL-QURTUBI 20/133.



WAKTU ATAU BILAKAH BERLAKUNYA LAILATULQADAR?

DIRIWAYATKAN DARIPADA SAYIDATINA AISYAH R.ANHA BAHAWA RASULULLAH SAW APABILA TIBA 10 HARI TERAKHIR BULAN RAMADAN, BAGINDA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT DENGAN MEMBANGUNKAN ISI RUMAH DAN MENJAUHI DARIPADA ISTERI-ISTERINYA.

IMAM AHMAD DAN MUSLIM MERIWAYATKAN YANG BERMAKSUD: “RASULULLAH SAW BERUSAHA SEDAYA UPAYA DALAM MALAM-MALAM SEPULUH AKHIR RAMADAN MALEBIHI USAHANYA DARIPADA MALAM-MALAM LAIN.”

LAILATULQADAR BERLAKU PADA 10 AKHIR DARIPADA MALAM GANJIL DI BULAN RAMADAN. RASULULLAH SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD:

    “CARILAH LAILATULQADAR PADA SEPULUH AKHIR BULAN RAMADAN DALAM MALAM GANJIL.”

ADAPUN MEREKA YANG MENENTUKAN MALAM LAILATULQADAR ADA BANYAK PENDAPAT, ANTARANYA:

PERTAMA:

PENDAPAT YANG TERKUAT MENGIKUT PARA ULAMA BAHAWA LAILATULQADAR BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADAN. HUJAH MEREKA AMAT BANYAK, ANTARANYA:

    MENGIKUT ABU KA’AB KATANYA: “DEMI ALLAH SESUNGGUHNYA IBN MAS’UD TELAH MEYAKINKAN BAHAWA MALAM LAILATULQADAR JATUH DALAM BULAN RAMADAN, MANAKALA LAILATULQADAR PULA JATUH PADA MALAM KE-27. AKAN TETAPI, DIA ENGGAN MEMBERITAHU KEPADA KAMI (MALAM YANG TEPAT) KERANA BIMBANGKAN KAMU TIDAK LAGI BERUSAHA MENCARINYA.”

    DARIPADA RIWAYAT MUAWIYAH YANG BERMAKSUD: “BAHAWA NABI SAW TELAH BERSABDA BAHAWA LAILATULQADAR BERLAKU PADA MALAM KE-27.”

    RIWAYAT INI DISOKONG OLEH PENDAPAT IBN ABBAS YANG MENGATAKAN BAHAWA SURAH AL-QADR MEMPUNYAI 30 PERKATAAN. PERKATAAN YANG KE-27 BAGI SURAH ITU TERJATUH KEPADA DHAMIR (HIA) YANG KEMBALINYA KEPADA LAILATULQADAR.

    IMAM AHMAD TELAH MERIWAYATKAN SEBUAH HADIS DARIPADA IBN UMAR R.ANHUMA YANG BERMAKSUD: “SESIAPA YANG MENCARI LAILATULQADAR, DIA HENDAKLAH MENCARINYA PADA MALAM YANG KE-27, CARILAH KAMU LAILATULQADAR PADA MALAM YANG KE-27.”

 KEDUA:

PADA MALAM 23 RAMADAN. INILAH PENDAPAT IMAM SYAFIE. INILAH JUGA PENDAPAT MALIK, IBN KHUZAIMAH, ABU AWANAH DAN AL-TAHAWI BERDASARKAN HADIS RIWAYAT ABDULLAH BIN UNAIS BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA:

MAKSUDNYA: “CARILAH MALAM QADAR PADA MALAM 23 RAMADAN.”

KETIGA:

PADA MALAM 21 RAMADAN. INILAH JUGA PENDAPAT YANG DIPILIH OLEH IMAM SHAFIE. DIA BERDALILKAN PADA RIWAYAT ABU DAUD DAN AL-BAIHAQI DARIPADA IBN MAS’UD BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA:

MAKSUDNYA: “TUNTUTLAH MALAM 17,21 DAN 23 RAMADAN.”


KEEMPAT:

PADA MALAM 24 RAMADAN. INI BERDASARKAN HADIS IBN ABBAS BAHAWA BAGINDA SAW BERSABDA DALAM RIWAYAT MUHAMMAD BIN NASR AHMAD DARIPADA BILAL DAN AL-TAYALISI :

MAKSUDNYA: “CARILAH MALAM LAILATULQADAR PADA MALAM 24 RAMADAN.”

KELIMA:

PADA MALAM AKHIR RAMADAN. HAL INI BERDASARKAN HADIS MUAWIYAH RA BAHAWA NABI SAW BERSABDA DALAM RIWAYAT IBN NASR:

MAKSUDNYA: “CARILAH MALAM QADAR PADA AKHIR MALAM RAMADAN.”


KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

BERDASARKAN PERBINCANGAN DI ATAS, JELAS MENUNJUKKAN KEPADA KITA BETAPA MULIA DAN AGUNGNYA MALAM LAILATULQADAR SEHINGGA MELEBIHI DARIPADA 1000 BULAN. JUSTERU, HENDAKLAH KITA LAKUKAN AMALAN IBADAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH TANPA SEBARANG PENGABAIAN. ISIKANLAH DENGAN QIAMULLAIL, BACAAN AL-QURAN, ZIKRULLAH, MUNAJAT DAN DOA. TERUTAMANYA DOA KEAMPUNAN DAN KERAHMATAN DARIPADA-NYA.

KAMI NYATAKAN DI SINI BAGAIMANA RASULULLAH SAW DAN SALAF AS-SOLEH BERIBADAT:

    DARIPADA ‘AISYAH R.ANHA, KATANYA:

MAKSUDNYA: “ADALAH RASULULLAH SAW APABILA MASUK PADA SEPULUH AKHIR (RAMADAN), BAGINDA SAW AKAN MENGHIDUPKAN MALAMNYA (DENGAN IBADAH), MENGEJUTKAN AHLI KELUARGANYA, DAN MEMPERKETATKAN KAIN SARUNGNYA (MENJAUHI DARIPADA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL DENGAN ISTERI-ISTERINYA)”

RIWAYAT MUSLIM: 2015

DARIPADA ‘AISYAH R.ANHA, KATANYA:

MAKSUDNYA: “ADALAH RASULULLAH SAW BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH (BERIBADAH) PADA SEPULUH AKHIR (RAMADAN) MELEBIHI KESUNGGUHANNYA PADA BULAN-BULAN YANG LAIN”

RIWAYAT AHMAD

IMAM SUFYAN AL-THAURI RAHIMAHULLAH BERKATA:

MAKSUDNYA: “APABILA MASUKNYA SEPULUH AKHIR RAMADAN, AKU LEBIH SUKA UNTUK MELAKUKAN TAHAJJUD PADA WAKTU MALAM DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MELAKUKANNYA. SUFYAN AL-THAURI RAHIMAHULLAH JUGA AKAN MENGEJUTKAN AHLI KELUARGANYA UNTUK MENDIRIKAN SOLAT SEANDAINYA MEREKA MAMPU MELAKUKANNYA.” LIHAT LATHAIF AL-MAARIF (HAL. 160).
PALING KURANG PASTIKAN SOLAT FARDHU KITA DILAKUKAN SECARA BERJEMAAH.

    IMAM IBN RAJAB AL-HANBALI RAHIMAHULLAH MENYATAKAN. SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIE MENAKALKAN RIWAYAT DARIPADA IBN ‘ABBAS R.ANHUMA BAHAWA:

MAKSUDNYA: “MENGHIDUPKAN MALAM LAILATUL QADAR AKAN TERHASIL APABILA SESEORANG MENDIRIKAN SOLAT ‘ISYA’ SECARA BERJEMAAH DAN BERAZAM UNTUK MELAKUKAN SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH JUA. IMAM MALIK MEREKODKAN DALAM AL-MUWATTA’ BAHAWA IMAM IBN AL-MUSAYYIB BERKATA:

SESIAPA YANG BERTEMU DENGAN LAILATUL QADAR BERMAKSUD (YANG MENDIRIKAN SOLAT) DALAM BERJEMAAH (PADA MALAM TERSEBUT), MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI KEBAIKAN MALAM ITU. BEGITU JUALAH YANG DIKATAKAN OLEH IMAM ASY-SYAFIE RAHIMAHULLAH DALAM PENDAPAT LAMANYA: SESIAPA YANG MENDIRIKAN SOLAT ISYA’ DAN SUBUH PADA MALAM LAILATUL QADAR, MAKA DIA AKAN MEMPEROLEH KEBAIKANNYA.” LIHAT LATHAIF AL-MAARIF (HAL. 159).

SEMOGA KITA SEMUA MERAIH MALAM LAILATULQADAR. AMIN.

RUJUKAN
[1] PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. 2015. DICAPAI DARI BAYAN LINNAS LAILATUL QADAR, CARILAH PADA 20 MEI 2019

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MORE
https://my21.awfatech.com/irsyadkuantan/content/news/newsf1_G0013_1589420841.jpg

LAILATUL QADR BURUAN WARGA IRSYAD

FIRMAN ALLAH SWT:

إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ١ وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ٢ لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٞ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرٖ٣

“SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN (AL-QURAN) INI PADA MALAM LAILATUL QADR (1); DAN APAKAH CARANYA ENGKAU DAPAT MENGETAHUI KEBESARAN MALAM LAILATUL QADR ITU? (2); MALAM (LAILATUL QADR) LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN. (3). (SURAH AL-QADR: 1-3)

LAILATUL QADR ADALAH MALAM YANG DIBERI KELEBIHAN APA SAHAJA IBADAT YANG DITUNAIKAN SAMA ADA IBADAT YANG WAJIB ATAU SUNAT DENGAN PEMBERIAN PAHALA YANG MENYAMAI KELEBIHAN SERIBU BULAN. IA ADALAH HIDAYAH DAN KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW.
LAILATUL QADR SANGATLAH MULIA SEHINGGA ALLAH SWT MEMILIH UNTUK DITURUNKAN PADANYA AL-QURAN SECARA SEMPURNA SERENTAK, DITURUNKAN WAHYU YANG PERTAMA KEPADA RASULULLAH SAW. AL-QURAN MENJADI PETUNJUK KEPADA SELURUH MANUSIA YANG BERTAQWA. INI MENUNJUKKAN ADA HUBUNGAN YANG PENTING ANTARA KONSEP TAQWA DENGAN AL-QURAN PETUNJUK SEPANJANG ZAMAN.

KITA PERLU MENYEDARI BAHAWA LAILATUL QADR DISEDIAKAN OLEH ALLAH SWT BAGI MENGGALAKKAN KITA MELAKUKAN IBADAT UNTUK MENINGKATKAN KETAQWAAN KITA. KITA TIDAK BOLEH SEKADAR HENDAK MENGEJAR PAHALA YANG BANYAK SAHAJA TANPA BERUSAHA MENJADI HAMBANYA YANG BERTAQWA.

MARILAH KITA MENCARI KELEBIHAN YANG DIJANJIKAN OLEH ALLAH SWT YANG DIBERIKAN KEPADA SESIAPA YANG AMAL IBADATNYA BERTEPATAN DENGAN MALAM ITU. MUDAH-MUDAHAN KITA BEROLEH TAQWA APABILA RAMADHAN BERLABUH PERGI MENINGGALKAN KITA.

MORE
https://my21.awfatech.com/irsyadkuantan/content/news/newsf1_G0013_1582533688.jpg

MEMANAH RECURVE MSSP 2020 : 4 PEMANAH IRSYAD MEWAKILI PAHANG

20 FEB 2020

KEJOHANAN MEMANAH MODEN MSSP 2020

ALHAMDULILLAH 4 ORANG PEMANAH AL IRSYAD BERJAYA DIPILIH MEWAKILI PAHANG KE KEJOHANAN MSSM YANG BAKAL BERLANGSUNG DI KEDAH AWAL MAC INI.

TIGA PEMANAH SRAIT DAN SEORANG PEMANAH DARI SMAI BAKAL MENGHARUMKAN NAMA PAHANG NANTI.INSYAALLAH.

EMAS
3🥇U12 LELAKI PUSINGAN KELAYAKAN SET 1, 2 & KESELURUHAN

1🥇U12 LELAKI OLIMPIK ROUND (OR)

2🥇U12 LELAKI TEAM PUSINGAN KELAYAKAN & OR

2🥇U15 PEREMPUAN TEAM PUSINGAN KELAYAKAN & OR

JUMLAH :8🥇EMAS

MORE
https://my21.awfatech.com/irsyadkuantan/content/news/newsf1_G0013_1582515515.jpg

TKRS IRSYAD ...KALIAN KEBANGGAAN KAMI !

21 - 23 FEBRUARI 2020
JUMAAT - AHAD

PERKHEMAHAN PERDANA & KURSUS KENAIKAN PANGKAT TKRS PERINGKAT DAERAH KUANTAN ANJURAN PPD KUANTAN.

BERTEMPAT DI PUSAT KOKURIKULUM PANDAN, KUANTAN SELAMA 3H2M. TAHNIAH KEPADA MUALLIMAH NUR ASHIQIN BINTI MAHAMUD KERANA TELAH DITAULIAHKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA.

SRI AL IRSYAD KUANTAN TELAH DIWAKILI OLEH MOHAMAD QIFFAYATULLAH BAIHAQI BIN JEESMI, MUHAMMAD FARIS BIN MOHD FAIZAL, HUSNA AISYAH BINTI MOHD ZULKIFLI DAN NUR ALIESYA SOFEA BINTI BADRULSHAM DAN DITAULIAHKAN PANGKAT KOPERAL TKRS.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TKRS SRI AL IRSYAD KERANA TELAH MEMPEROLEH ANUGERAH-ANUGERAH PERKHEMAHAN PERDANA & KENAIKAN PANGKAT PERINGKAT DAERAH KUANTAN ANJURAN TKRS KPM DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN.

TEMPAT KEDUA IKATAN & SIMPULAN KESELURUHAN
KOPERAL ALIESYA SOFEA BINTI BADRULSHAM

TEMPAT PERTAMA BANTU MULA KESELURUHAN
KOPERAL ALIESYA SOFEA BINTI BADRULSHAM

KADET TERBAIK PUTERI DAERAH KUANTAN
KOPERAL HUSNA AISYAH BINTI MOHD ZULKIFLI

KADET TERBAIK KESELURUHAN DAERAH KUANTAN
KOPERAL ALIESYA SOFEA BINTI BADRULSHAM



MORE
https://my21.awfatech.com/irsyadkuantan/content/news/newsf1_G0013_1581668997.JPG

TAHNIAH ADAM ! KAMI BANGGA DENGAN ANDA

14 FEB

SERAMAI 5 ORANG PELAJAR SMI AL IRSYAD TELAH MENYERTAI BRAINBEE DI UNIVERSITI ANTARABANGSA ISLAM(UIA) BARU-BARU INI.SERAMAI 168 ORANG PELAJAR MEWAKILI 42 BUAH SEKOLAH MENYERTAINYA.ALHAMDULILLAH PELAJAR KITA AHMED ADAM TUFAYL BIN RAZMAN PELAJAR TINGKATAN 4 BERJAYA MENDUDUKI TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT.

ADAM AKAN MEWAKILI PAHANG DALAM PERINGKAT KEBANGSAAN PADA MAC INI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,KUBANG KERIAN.JIKA BERJAYA,BELIAU AKAN MEWAKILI MALAYSIA DALAM PERINGKAT ANTARABANGSA YNG BAKAL BERLANGSUNG DI AMERIKA SYARIKAT.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMOGA ADAM DAPAT MENGHARUMKAN NAMA AL IRSYAD DI PERSADA ANTARABANGSA.

MORE
https://my21.awfatech.com/irsyadkuantan/content/news/newsf1_G0013_1581666600.jpg

KEJOHANAN OLAHRAGA & BALAPAN 2020 IRSYAD

13 FEB 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL IRSYAD TELAH DIADAKAN DI STADIUM UIA KAMPUS INDERA MAHKOTA BARU-BARU INI.SERAMAI 185 ORANG ATLIT MENGAMBIL ACARA YANG DIPERTANDINGKAN SEPERTI 100M,200M,400M,4X100M DAN 4X200M DAN 4X400M.

CEO AL IRSYAD YB USTAZ MOHD TARMIZI YAHAYA TELAH MERASMIKAN KEJOHANAN TERSEBUT.TURUT HADIR TUAN PENGETUA EN.FAUZI KORI.

MORE

Page 1 of 4