Utama > SEJARAH RINGKAS SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IRSYAD

17-Jul-2019

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IRSYAD


Sekolah Rendah Islam Al-irsyad (SRAI) Kuantan adalah sebuah sekolah rendah swasta. lanya telah ditubuhkan pada bulan Januan 1989 dengan bilangan murid seramai 17 orang dan 3 prang guru.

Sekolah ini ditubuhkan alas dasar keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan Islam dan untuk memben khidmat kepada rnasyarakat akan pentingnya pendidikan berteraskan Islam dalam pembentukan akhlak anak-anak. Sekolah ini didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dengan nombor pendaftarannya KS 010/89. Pendaftaran dengan Kementerian Pendidikan No. Pend. JPNP / SRI / 0060 / 2002 /K / CIC4142.

Atas sambutan yang menggalakkan dari semua pihak. Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad telah berpindah ke bangunan barunya di Lot 19, Kampung Kumla Batu 3 1/2, Jalan Gambang,Kuantan pada sesi 1991/92 di atas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Othman bin Haji Ibrahim.

Pada 18hb. April 1992, Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad merakamkan kenangan manisnya apabila perasmiannya disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan menjadikanhya Sekolah Rendah Islam yang pertama di bumi Darul MakmurĀ ini.

Sehingga kini SRAI mempunyai 20 buah kelas yang merangkumi Tahun Satu hingga Tahun Enam dengan bilangan murid lebih kurang 600 prang dan bilangan guru seramal 35 orang. Buat pertama kalinya murid SRAI bagi Tahun Enam telah menduduki peperiksaan UPSR pada bulan Julai 1994 dan telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan 94.4% dan 2 orang murid mendapat 4A.

Selain itu. mereka juga diwajibkan menduduki peperiksaan UPSRI (diniyyah) pada bulan Oktober. SRAI telah maju setapak lagi dengan pembangunan baru bagi menampung muridnya ke sekolah menengah. Dengan tertubuhnya Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) yang mula beroperasi pada sesi 1996, dapatlah para pelajar meneruskan pengajian mereka melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu. menyeluruh dan berterusan sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah